Sejarah bilik j-QAF.
Bilik j-QAF Sk Sinaran Budi ditubuhkan pada tahun 2008.
Iaitu kohort pertama program j-QAF di SK Sinaran Budi Rawang. Bilik j-QAF bertempat di tingkat bawah bangunan blok baru dibina.Ia bersebelahan antara stor sukan dan makmal sains.Bilik j-QAF ini ditubuhkan semasa Pn Hajjah Sharifah bt Sharif memegang jawatan Guru Besar.
Kerja-kerja naik taraf dibuat sedikit demi sedikit sehingga kini Bilik j-QAF telah menjadi Johan pertandingan Bilik j-QAF sekolah-sekolah daerah Gombak tahun 2014. Ini adalah hasil usaha bersama guru-guru Pendidikan Islam dan warga SKSB untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf di bilik j-QAF.